KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) TEROKA KERJASAMA LATIHAN BERSAMA UUM HOLDINGS





KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN PELUANG KERJASAMA DALAM BIDANG LATIHAN DAN KOMPETENSI BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN UUM HOLDINGS SDN. BHD
EDC UUM, Sintok | 2 Ogos 2026 – Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan kunjungan hormat ke UUM Holdings Sdn. Bhd. yang berlangsung di EDC UUM, Sintok, Kedah.
Delegasi UUM Holdings Sdn. Bhd. diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Muhamad Khizri bin Abu Kassim, Pengerusi Lembaga Pengarah UUM Holdings Sdn. Bhd., dan turut disertai oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Ram Al Jafri bin Saad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sementara itu, delegasi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Ir. Ts. Huszian bin Husin, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, KKM, bersama barisan Pengurusan Tertinggi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM.
Turut hadir ialah Encik Azman Hisham Che Doi, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UUM Holdings, Prof. Madya Dr. Mohd. Sobri Don @ A. Wahab, Pengurus Besar UUM Leads Sdn. Bhd., serta barisan Pengurusan Kanan syarikat Kumpulan UUM Holdings Sdn. Bhd.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan dan meneroka bentuk kerjasama di dalam bidang latihan dan kompetensi serta memperkenalkan program dalaman melalui kerangka Healthcare Engineering Services Competency Framework (HESCF) yang boleh dijalankan bersama syarikat kumpulan UUM Holdings.
2 OGOS 2026
UUM HOLDINGS CORPORATE



0 comments
Write a comment